Tuesday, October 2, 2012

crush?dafuq?

Assalamualaikum kepada diri sendiri.
Ya aku tahu tiada siapa yang akan baca blog ni selain diri aku sendiri,jadi aku tak peduli.

dan aku masih tak tahu kenapa ada lagi manusia yang ingin mengetahui pasal blog ni atau bahasa mudah nya follow,entah apa masalah dorang aku sendiri tak mengerti dan sekarang dengan dibebani masalah dunia apa tah lagi masalah SPM yang semakin tiba.Di saat aku menaip berbekal netbook pemberian DS Najib,masih tinggal 34 hari lagi sebelum saat yang menentukan hala tuju aku itu tiba.

Di saat aku menaip ini,ingin aku beritahu bahawasanya #SHU sudah aku padam dari dalam hati,semua kerana silap aku yang terburu buru sampai bapak dia sendiri membenci aku,aku tak tahu apa salah aku.apa silap aku.apa dosa aku,mungkin bapaknya sendiri risau #SHU menjadi mangsa ibarat ramai anak gadis lain yang sudah kehilangan kegadisan diri di usia muda,biar pon aku tahu aku takkan buat perkara sekutuk itu kepada #SHU,tapi apakan daya,mungkin tiada jodoh.

Dan sedang aku ingin mengubati kekecewaan,aku terapat kembali dengan sahabat lama,dari darjah berapa aku tak ingat,tapi bila darjah empat,aku tak tahu kenapa aku minat dia,macam mana aku suka dia dan apabila menginjak 17 tahun,aku sedar yang aku masih suka dia,dan aku benci perasaan itu hadir kembali.aku tak ingin menyukai sesiapa dan aku tak ingin sesiapa menyukai aku.

Aku lelaki lemah,aku lembik,aku tak mampu nak luahkan apa aku rasa dan aku sendiri tak memahami hati wanita termasuk hati ibu aku sendiri.aku terlalu lemah dan terlalu penakut untuk meluahkan apa aku rasa.Tapi biarlah apa aku rasa ni.kerana aku mudah jatuh cinta sebab aku jatuh cinta kerana layanan,kerana sikap tidak sikit pon kerana rupa.ok mungkin adalah sedikit.siapa tak nak kan si gadis yang elok paras rupa,menutup aurat sebagai suri di dalam sanubari?aku juga ingin begitu,tapi aku sedar, "wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu jugalah sebaliknya'' jadi di hari pertama aku berusia 17tahun ini,aku ingin menjadi baik,aku nak berubah,aku tak nak menipu kepada diri sendiri lagi.

Friday, August 3, 2012

Setelah Sekian Lama

Oh ya,setelah sekian lama, assalamualaikum semua :)

Dunia blog.Ye sejujurnya aku rindu kau,setelah sekian lama kita bersua kembali di laman usang yang lama tak diusik aku,mungkin bakat menulis aku sudah hilang atau tidak sebagus dulu,tapi ini diari,tiada siapa peduli ada bakat ke tidak menulis.Berbekal lagu It Will Rain aku menaip dalam pagi yang hening sambil menunggu waktu sahur,ye sekarang sudah hampir pertengahan Ramadhan dan aku ucapkan selamat berpuasa dan minta maaf kerana terlewat.


Dan dalam lembaran tahun 2012 dan usia aku menginjak 17 tahun dan dibebani masalh dunia bernama SPM aku masih mampu memikirkan soal hati.Bercakap soal sekolah sudah pasti ada kaitan dengan cinta monyet dan aku beberapa kali terlibat dalam perkara tak berfaedah tersebut.Namun kali ini aku ada kisah lain.Ye setiap manusia normal mesti meminati sesuatu dan teringin memilikinya dan aku juga begitu,aku meminati seseorang dan aku ingin memilikinya namun apa daya aku?Aku ni hanya insan lemah dan mampu berdoa sahaja kepada Allah tanpa berani meluahkan kepada Si Dia?Dan si dia yang diminati itu haruslah dinamakan sebagai crush ye?

Biasalah trend anak muda sekarang haruslah ada crush kan?baru hipster katanya.Ya aku akui dia crush aku yang aku mampu namakan sebagai #SHU sahaja.Cukup lah tahu itu sahaja,namanya sangat unik seunik orang nya :) aku akui aku ingin memilikinya sebagai yang halal,tak ingin aku terjebak dalam couple ke,cinta monyet ke mahu pon cinta platonik,saat ni aku harap aku mampu mengumpul segala kekuatan dalam diri ni untuk berjumpa ibu bapa dia untuk menyatakan hasrat aku supaya jaga #SHU sehingga aku menjadi seorang yang berjaya dan mampu meminang dia :') ayat ini mungkin klise,tapi tak siapa tahu perasaan aku,jadi baik diamkan sahaja.


Aku pernah kene reject dengan dia sekali,jadi tak mungkin aku lakukan kesilapan bodoh sekali lagi.ya tak mungkin sesekali.jadi sampai saat ini aku simpan hasrat aku,dia mungkin sudah tahu namun mungkin sengaja membatu kan diri membuat tidak tahu.Tapi biarkan lah dia,tapi kerana dia aku hijabkan mata aku untuk perempuan lain kecuali ibu ku dan dia.Tapi kalau dia jumpa yang lebih baik dari aku,aku redha kerana aku tahu aku tak cukup baik untuk dia :'> sekian assalamualaikum 

Monday, October 31, 2011

eh perempuan baca ni ye ;)

Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.

Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.

Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.

Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.

Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".

Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.

Lelaki benci gay!

Lelaki sayangkan ibu mereka.

Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.

Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.

Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.

Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.

Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.

Perempuan adalah kelemahan lelaki.

Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.

Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.

Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.

Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.

Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...

Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.

Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.

Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.

Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.

Lelaki boleh berbual tentang apa pun.

Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.

Lelaki berfikir terlalu banyak.

Fantasi lelaki tidak terbatas.

Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.

Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.

Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.

Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.

Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.

Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.

Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.

Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"

Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.

Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.

Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!

Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.

Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.

Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki

Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up

Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.

Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia

Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.

Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!

Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.

Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)

Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.

Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.

Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.

Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.

Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.

Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.

Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'

Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.

Lelaki benci perempuan yang gedik.

Sunday, October 30, 2011

hakikat cinta seorang pencinta




Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 

Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya. Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.


Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah. Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia. Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 

“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,

Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,

Namun tanpa baja..tanpa dijaga,

Akar yang kukuh juga bisa rapuh,

Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,

Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,

Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,

Manakan buah hendak masak memerah”

Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak. Buahnya meranum namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.

Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu. Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh. 

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti. 

Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta. Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara. 

Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya. Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim. Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.

“ Mencintai tidak bererti memiliki..

Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,

Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,

Segala kesudahan rasa,

Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,

Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,

Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,

Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.

Jodohnya manusia ada ditangannya.

Saudaraku tercinta,

Andai kehendak hati terhenti,

Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,

Cinta yang membuatkan mu tidak lena,

Menjadikan harimu terganggu setiap masa,

Bukannya itu cinta yang diharapkan,

Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,

Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,

Redha dengan takdirNya,

Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,

Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,

Asalkan si dia mencintai Tuhan,

Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 

Saudaraku tersayang,

Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya. Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa. Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir. Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.

Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)

Amin.

Wednesday, October 26, 2011

my first time

perghh,tak sangka aku ada blog kedua,HAHA
ok blog ni blog diari,tapi aku takkan letak widget macam nokhorom apa semua tuh sebab aku sendiri tak suka dengan blog yang ada widget banyak sangat, serabut tahu serabut.


ok back to main, reason aku create blog ni sebab nak memuaskan nafsu duniawi,nafsu menulis, tapi aku nak menulis pasal life aku which mean sangat boring dan sangat lifeless, eh kalau lifeless takde lah sampai aku nak cerita dekat korang kan?hihi


blog ni aku taknak pon orang follow,tapi kalau nak follow tu follow lah, tak kisah pon, ni bukan blog kedua aku,tapi tah ke berapa aku tak ingat sebab dulu aku buat blog sebab aku tak tahu blog tuh apa,aku tak tahu pon blog tu boleh buat duit,but now aku dah tahu.tapi blog cari makan aku blog lain, which mean writer blog tuh si setan tuh, aku tak kenal beliau siapa, biar kan setan itu dengan hidup dia dan aku akmal,atau hidayat, atau akmal hidayat atau youk atau doyot, tapi nak panggil comel pon takpe,hihi