Tuesday, October 2, 2012

crush?dafuq?

Assalamualaikum kepada diri sendiri.
Ya aku tahu tiada siapa yang akan baca blog ni selain diri aku sendiri,jadi aku tak peduli.

dan aku masih tak tahu kenapa ada lagi manusia yang ingin mengetahui pasal blog ni atau bahasa mudah nya follow,entah apa masalah dorang aku sendiri tak mengerti dan sekarang dengan dibebani masalah dunia apa tah lagi masalah SPM yang semakin tiba.Di saat aku menaip berbekal netbook pemberian DS Najib,masih tinggal 34 hari lagi sebelum saat yang menentukan hala tuju aku itu tiba.

Di saat aku menaip ini,ingin aku beritahu bahawasanya #SHU sudah aku padam dari dalam hati,semua kerana silap aku yang terburu buru sampai bapak dia sendiri membenci aku,aku tak tahu apa salah aku.apa silap aku.apa dosa aku,mungkin bapaknya sendiri risau #SHU menjadi mangsa ibarat ramai anak gadis lain yang sudah kehilangan kegadisan diri di usia muda,biar pon aku tahu aku takkan buat perkara sekutuk itu kepada #SHU,tapi apakan daya,mungkin tiada jodoh.

Dan sedang aku ingin mengubati kekecewaan,aku terapat kembali dengan sahabat lama,dari darjah berapa aku tak ingat,tapi bila darjah empat,aku tak tahu kenapa aku minat dia,macam mana aku suka dia dan apabila menginjak 17 tahun,aku sedar yang aku masih suka dia,dan aku benci perasaan itu hadir kembali.aku tak ingin menyukai sesiapa dan aku tak ingin sesiapa menyukai aku.

Aku lelaki lemah,aku lembik,aku tak mampu nak luahkan apa aku rasa dan aku sendiri tak memahami hati wanita termasuk hati ibu aku sendiri.aku terlalu lemah dan terlalu penakut untuk meluahkan apa aku rasa.Tapi biarlah apa aku rasa ni.kerana aku mudah jatuh cinta sebab aku jatuh cinta kerana layanan,kerana sikap tidak sikit pon kerana rupa.ok mungkin adalah sedikit.siapa tak nak kan si gadis yang elok paras rupa,menutup aurat sebagai suri di dalam sanubari?aku juga ingin begitu,tapi aku sedar, "wanita baik untuk lelaki yang baik dan begitu jugalah sebaliknya'' jadi di hari pertama aku berusia 17tahun ini,aku ingin menjadi baik,aku nak berubah,aku tak nak menipu kepada diri sendiri lagi.

No comments: