Friday, August 3, 2012

Setelah Sekian Lama

Oh ya,setelah sekian lama, assalamualaikum semua :)

Dunia blog.Ye sejujurnya aku rindu kau,setelah sekian lama kita bersua kembali di laman usang yang lama tak diusik aku,mungkin bakat menulis aku sudah hilang atau tidak sebagus dulu,tapi ini diari,tiada siapa peduli ada bakat ke tidak menulis.Berbekal lagu It Will Rain aku menaip dalam pagi yang hening sambil menunggu waktu sahur,ye sekarang sudah hampir pertengahan Ramadhan dan aku ucapkan selamat berpuasa dan minta maaf kerana terlewat.


Dan dalam lembaran tahun 2012 dan usia aku menginjak 17 tahun dan dibebani masalh dunia bernama SPM aku masih mampu memikirkan soal hati.Bercakap soal sekolah sudah pasti ada kaitan dengan cinta monyet dan aku beberapa kali terlibat dalam perkara tak berfaedah tersebut.Namun kali ini aku ada kisah lain.Ye setiap manusia normal mesti meminati sesuatu dan teringin memilikinya dan aku juga begitu,aku meminati seseorang dan aku ingin memilikinya namun apa daya aku?Aku ni hanya insan lemah dan mampu berdoa sahaja kepada Allah tanpa berani meluahkan kepada Si Dia?Dan si dia yang diminati itu haruslah dinamakan sebagai crush ye?

Biasalah trend anak muda sekarang haruslah ada crush kan?baru hipster katanya.Ya aku akui dia crush aku yang aku mampu namakan sebagai #SHU sahaja.Cukup lah tahu itu sahaja,namanya sangat unik seunik orang nya :) aku akui aku ingin memilikinya sebagai yang halal,tak ingin aku terjebak dalam couple ke,cinta monyet ke mahu pon cinta platonik,saat ni aku harap aku mampu mengumpul segala kekuatan dalam diri ni untuk berjumpa ibu bapa dia untuk menyatakan hasrat aku supaya jaga #SHU sehingga aku menjadi seorang yang berjaya dan mampu meminang dia :') ayat ini mungkin klise,tapi tak siapa tahu perasaan aku,jadi baik diamkan sahaja.


Aku pernah kene reject dengan dia sekali,jadi tak mungkin aku lakukan kesilapan bodoh sekali lagi.ya tak mungkin sesekali.jadi sampai saat ini aku simpan hasrat aku,dia mungkin sudah tahu namun mungkin sengaja membatu kan diri membuat tidak tahu.Tapi biarkan lah dia,tapi kerana dia aku hijabkan mata aku untuk perempuan lain kecuali ibu ku dan dia.Tapi kalau dia jumpa yang lebih baik dari aku,aku redha kerana aku tahu aku tak cukup baik untuk dia :'> sekian assalamualaikum 

No comments: